Ahad, 11 Jun 2017

Maklumat Kursus Tanaman Cendawan 2 dalam 1 Terkini-Julai 2017




 Kursus Tanaman Cendawan Tiram 2 dalam 1

 MIRI 
 
Lokasi : Pustaka Miri
Hari    :  Sabtu
Tarikh :  01.07.2017
Masa :    0930am-0400pm


 SIBU
 
Lokasi : Dewan Suarah Sibu
Hari    :  Ahad
Tarikh :  02.07.2017
Masa :    0930am-0400pm


KUCHING 
Lokasi : Pustaka Negeri Sarawak
Hari    :  Ahad
Tarikh :  09.07.2017
Masa :    0930am-0400pm

SRI AMAN
 
Lokasi : Dewan Suarah Sri Aman
Hari    :  Sabtu
Tarikh :  08.07.2017
Masa :    0930am-0400pm











Kelebihan yang anda dapat melalui kursus ini:
1) anda mendapat beg cendawan percuma
2) mendapat 2 jenis benih cendawan percuma iaitubenih cendawan tiram dan benih cendawan kukur
3) mempelajari Cendawan Kukur yang memberi pulangan hasil cepat dan lumayan
4) guru yang berpengalaman dan tiada rahsia dalam teknik dan kelas beliau
5) anda boleh mulakan bisnes tanaman cendawan sendiri setelah tamat kursus
6) sijil,nota lengkap,lunch disediakan.

Apa tunggu lagi,daftar sekarang dengan menghubungi 0128727969 untuk maklumat lanjut!!!
Jumpa semasa kursus ye!!

Ahad, 4 Jun 2017

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Gawai






Salam Ramadhan dan Selamat Hari Gawai semua!
Terbaru adalah gambar peserta luar bandar yang menunjukkan hasil tekun dalam penanaman cendawan.Ya..jika anda mempunyai banyak masa luang dan masih mencari pekerjaan/perniagaan yang sesuai,boleh lah menceburi bidang tanaman cendawan ni.

Cendawan ni kena ada tahap kesabaran yang tinggi,kena jaga dan maintain suhu setiap hari.Ada juga pasang surutnya,cendawan kan...kena ngam dengan suhu dan persekitaran.Jadi,pandai-pandailah menyesuaikan diri dan jika berlaku masalah jangan cepat melatah.

Beberapa siri kursus telah kami adakan di Sibu,Bintulu dan Miri.Dan selepas Aidilfitri nanti akan menyusul kursus siri Hands-on Mushroom Farming Workshop di Sibu dan Miri ya.Boleh hubungi 0128727969 untuk pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran.Ada sijil tau!

Ada yang tanya yuran free ke?Adik kakak abang,ini kelas hands-on training di mana peserta diajar buat beg cendawan sendiri,diajar tips penanaman dan penjagaan beg cendawan.Ada pengusaha cendawan yang buat kelas murah tapi anda cuma diajar teori je...so nak yang mana satu?Nak bayar yuran kebijaksaan tapi boleh dapat nilai ilmu yang anda boleh guna sampai mati kan?Ha....nak ilmu jangan lokek kepada diri sendiri.Sebab saya mengajar bukan main-main,memang kita memberi ilmu dan kita nak orang Sarawak pandai dalam tanaman cendawan ni setaraf dengan pengusaha di Semenanjung Malaysia.

Saya sendiri telah menjelajah seluruh semenanjung Malaysia,belajar dengan pengusaha cendawan di Philipina,Thailand dan Indonesia.Saya buat pengubahsuaian dan hasilkan modul khas untuk Sarawak,sebab iklim,suhu,tanah,substrat kayu kita memang berbeza dari Semenanjung Malaysia dan lain-lain tempat.

Tempah kursus anda sekarang,hubungi Miss Lee di talian 0128727969.
Untuk Kuching dan kawasan sekitar boelh juga hubungi nombor di atas untuk personal coaching.Biasanya orang sekitar Kuching datang meminta untuk personal coaching 1 to 1,saya ajar details,hands-on dan teori.

Khamis, 9 Mac 2017

We are Sarawak Mushroom Grower,specialised in Mushroom Cultivations.πŸ„

Any company that need enquiries and consultation please send us proper official letter and will be reviewed,approved by admin.

Whatsapp +60128727969,and we will happy to look forward.

#sarawakmushroomgrower
#borneooystermushroom
#pleurotusspp
#splitgillsmushroom

Selasa, 7 Mac 2017



Penghantaran Beg Cendawan ke seluruh Sarawak dan Brunei.Perkhidmatan kami termasuk konsultasi dan khidmat nasihat.

Untuk yang baru nak menceburi Tanaman Cendawan,kena belajar cara menumbuhkan cendawan,menyesuaikan diri dan sesuaikan cendawan dengan persekitaran anda.

Gagal itu biasa dalam Tanaman Cendawan,kena banyak bertanya,sabar dan tidak tamak amat diperlukan dalam Tanaman Cendawan ni.Biasanya pengusaha dalam bidang ni merangkak,belajar berjalan,jatuh berkali-kali,berjalan lagi,dan barulah dapat berlari.


Cendawan Kerang Borneo,hasil lebih besar dan banyak.Sekilo boleh dapat sebesen besar.Sedap di tumis bersama midin belacan,goreng rangup,masak lemak cili api dan sambal bilis cendawan kerang.😍

Nak beli Beg Cendawan Kerang readymade pun boleh.Cuma gantung je di luar jendela,cukup masa tuai dan masuk terus dalam kuali.πŸ„πŸ˜Š

Mudah kan?Jom borong beg Cendawan Kerang,hubungi 0128727969.Harga menarik menanti anda!

Kursus Tanaman Cendawan Kerang di Bintulu April 2017

Cendawan kerang adalah cendawan eksotik yang hanya dijumpai pada batang kayu mati,kayu buruk,dan adakalanya dapat dijumpai pada papan kayu yang lama dibiarkan.

Tekstur nya kecil,halus tetapi rasanya...ummphhh.Rasa seperti daging.Sememangnya Cendawan Kerang ni tekstur nya seperti isi daging lembu.Sangat sesuai dijadikan pengganti protein dan sangat sedap.

Kini,dengan adanya teknologi terkini,Cendawan Kerang telah berjaya ditanan julung kalinya di Sarawak.Berita baik untuk sesiapa yang hendak mengusahakan Cendawan Kerang ini,boleh ikuti Kursus dan Hands-on Training yang kami anjurkan di Miri dan Bintulu pada bulan April 2017 ini.

Miri akan diadakan pada 29.04.2017,Hari Sabtu,dan Bintulu pada 30.04.2017 pada Hari Ahad.Hubungi 0128727969 untuk pendaftaran.


Kebaikan Menanam Cendawan KerangπŸ„
✔ mudah dijaga dan mudah dituai.
✔Cendawan Kerang masih baru ditanam di Sarawak
✔Modal kurang berbanding Cendawan Tiram
✔Cendawan Kerang lebih tahan lama
✔Peluang memasarkan Cendawan Kerang masih Tinggi.

Apalagi.....jom daftar sekarang!😍

Rabu, 8 Februari 2017

Bongkah Cendawan untuk dijual



Kami juga menerima tempahan beg cendawan.Jika nak berbisnes cendawan atau nak menjadi pengedar beg cendawan kami,hubungi 0128727969.

Harga beg cendawan :

1beg - Rm5
500beg dan ke atas - Rm3.50/beg
1000beg dan ke atas - Rm2.00/beg
5000beg dan ke atas - Rm1.80/beg

Dan yang paling best,setiap beg ni ada warranti.Jika rosak sebelum keluar hasil kami ganti.

We are trusted seller with free consultationπŸ„

Peserta Kursus Cendawan bersama Krep Krep Farm

Gambar Kiriman Peserta Kursus Cendawan bersama Krep Krep Agrofarm



Seronok melihat hasil harvest cendawan mereka.Ini baru sebahagian sahaja yang ditunjuk.Haha...boleh makan cendawan fresh sendiri kan??

Anda pun boleh juga.Hubungi 0128727969 untuk pendaftaran kursus tanaman cendawan di tempat terdekat anda.

Lawatan Dari Institut Pertanian Sarawak


Beberapa hari yang lepas,saya telah menerima kunjungan dari pihak Institut Pertanian Sarawak,Semenggok.

Penolong Pengetua bersama dua orang pengajar datang mengejut pagi tersebut namun saya bersedia menerima kunjungan dari sesiapa sahaja berkenaan cendawan.

Perbincangan sekitar pengambilan pelatih untuk penempatan Latihan Industri.Rata-rata pelajar dari institut pertanian ni datang dari serata Sarawak.Terutama Bintulu,Baram,Miri,Limbang etc.Pelajar dari Kuching mungkin agak kurang atau tiada.

Mungkin kurang minat dan galakan ibubapa terhadap bidang pertanian.

Sebenarnya,pertanian adalah masa depan sesebuah negara.Selain menjana ekonomi,pertanian memain peranan penting dalam ekosistem rantaian makanan.

Pertanian moden patut dipraktikan seperti fertigasi,hydroponik dan tanaman dalam rumah seperti cendawan,sayuran dalam paip etc,seimbang dengan cuaca yang kadang kala hujan lebat dan kemarau silih berganti.

Kesimpulan catatan saya kali ini, galakan ibu bapa terhadap anak-anak tentang pertanian moden amat penting.Selain itu,pihak kerajaan patut memberi tumpuan kepada sektor pertanian di negeri ini selain dari tanaman sawit.

Sabtu, 28 Januari 2017


Rumah Cendawan penting untuk penghasilan cendawan yang maksimum.Ini sedikit tips yang saya boleh kongsikan:

✔ Rumah cendawan luas,dan boleh restore kelembapan dan boleh memberi laluan fresh air.

✔ Jangan terlalu tertutup.

✔ Dapat dan senang dimaintain sekiranya terdapat serangan hama,kulat lain dan serangga perosak.

✔ 1 rumah cendawan jangan terlalu crowded dengan beg cendawan.selagi boleh masuk selagi tu sumbat.Naya...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

✔ Netting 70% pon ok dah.


Sekian perkongsian kali ini.
Happy MushroomingπŸ„

Kursus Tanaman Cendawan Sawit secara onlineπŸ„



πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„

Kursus Tanaman Cendawan Sawit akan diadakan secara whatsapp group online.

Ceendawan Sawit memerlukan beberapa langkah yang mudah dan kos murah.

Jom belajar kelas online,jimat masa dan mudah.

✔  Yuran Rm120/seorang
✔  Sijil,nota dan percuma 3beg benih Cendawan Sawit akan dipos
✔ Kelas bermula 18.02.2017.

😊 Daftar segera!Hubungi 012 8727969.

Ahad, 1 Januari 2017

Kursus Cendawan Tiram Kelabu 2017


Tirai 2016 telah berganti dengan Tahun Baru 2017.

Kali ini pihak kami menganjurkan Kursus & Latihan Praktikal Tanaman Cendawan Tiram Kelabu pada 07.01.2017@Hari Sabtu.

Para peserta diajar modul penuh dan praktikal membuat beg cendawan.Haa..part ni paling menyeronokkan.πŸ„

Jadi,sesiapa yang nak ikut serta kursus ni jangan guna baju cantik,rugi tak beri konitmen penuh masa praktikal buat beg tauπŸ’ͺ

Kali ini akan diadakan di Batu Kawa,Kuching dengan Yuran Penyertaan Rm180(diskaun dari Rm250).Sijil & makan tengahari disediakan

πŸ“² Hubungi /whatsapp/sms 012 8727969 untuk maklumat lanjut.