Rabu, 8 Februari 2017

Lawatan Dari Institut Pertanian Sarawak


Beberapa hari yang lepas,saya telah menerima kunjungan dari pihak Institut Pertanian Sarawak,Semenggok.

Penolong Pengetua bersama dua orang pengajar datang mengejut pagi tersebut namun saya bersedia menerima kunjungan dari sesiapa sahaja berkenaan cendawan.

Perbincangan sekitar pengambilan pelatih untuk penempatan Latihan Industri.Rata-rata pelajar dari institut pertanian ni datang dari serata Sarawak.Terutama Bintulu,Baram,Miri,Limbang etc.Pelajar dari Kuching mungkin agak kurang atau tiada.

Mungkin kurang minat dan galakan ibubapa terhadap bidang pertanian.

Sebenarnya,pertanian adalah masa depan sesebuah negara.Selain menjana ekonomi,pertanian memain peranan penting dalam ekosistem rantaian makanan.

Pertanian moden patut dipraktikan seperti fertigasi,hydroponik dan tanaman dalam rumah seperti cendawan,sayuran dalam paip etc,seimbang dengan cuaca yang kadang kala hujan lebat dan kemarau silih berganti.

Kesimpulan catatan saya kali ini, galakan ibu bapa terhadap anak-anak tentang pertanian moden amat penting.Selain itu,pihak kerajaan patut memberi tumpuan kepada sektor pertanian di negeri ini selain dari tanaman sawit.

Tiada ulasan: