Ahad, 4 Jun 2017

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Gawai






Salam Ramadhan dan Selamat Hari Gawai semua!
Terbaru adalah gambar peserta luar bandar yang menunjukkan hasil tekun dalam penanaman cendawan.Ya..jika anda mempunyai banyak masa luang dan masih mencari pekerjaan/perniagaan yang sesuai,boleh lah menceburi bidang tanaman cendawan ni.

Cendawan ni kena ada tahap kesabaran yang tinggi,kena jaga dan maintain suhu setiap hari.Ada juga pasang surutnya,cendawan kan...kena ngam dengan suhu dan persekitaran.Jadi,pandai-pandailah menyesuaikan diri dan jika berlaku masalah jangan cepat melatah.

Beberapa siri kursus telah kami adakan di Sibu,Bintulu dan Miri.Dan selepas Aidilfitri nanti akan menyusul kursus siri Hands-on Mushroom Farming Workshop di Sibu dan Miri ya.Boleh hubungi 0128727969 untuk pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran.Ada sijil tau!

Ada yang tanya yuran free ke?Adik kakak abang,ini kelas hands-on training di mana peserta diajar buat beg cendawan sendiri,diajar tips penanaman dan penjagaan beg cendawan.Ada pengusaha cendawan yang buat kelas murah tapi anda cuma diajar teori je...so nak yang mana satu?Nak bayar yuran kebijaksaan tapi boleh dapat nilai ilmu yang anda boleh guna sampai mati kan?Ha....nak ilmu jangan lokek kepada diri sendiri.Sebab saya mengajar bukan main-main,memang kita memberi ilmu dan kita nak orang Sarawak pandai dalam tanaman cendawan ni setaraf dengan pengusaha di Semenanjung Malaysia.

Saya sendiri telah menjelajah seluruh semenanjung Malaysia,belajar dengan pengusaha cendawan di Philipina,Thailand dan Indonesia.Saya buat pengubahsuaian dan hasilkan modul khas untuk Sarawak,sebab iklim,suhu,tanah,substrat kayu kita memang berbeza dari Semenanjung Malaysia dan lain-lain tempat.

Tempah kursus anda sekarang,hubungi Miss Lee di talian 0128727969.
Untuk Kuching dan kawasan sekitar boelh juga hubungi nombor di atas untuk personal coaching.Biasanya orang sekitar Kuching datang meminta untuk personal coaching 1 to 1,saya ajar details,hands-on dan teori.

Tiada ulasan: