Khamis, 15 Disember 2016

Tips PenjaGaaN Beg Cendawan

Apa khabar cendawan-ians semua??Hihi
Semoga cendawan-cendawan semua tumbuh segar,mekar dan subur.

Kali ini nak cerita tentang progress sepanjang penanaman cendawan ni.Cendawan memang perlukan penjagaan khusus,terutama bab humidity iaitu kelembapan dan suhu selain memerlukan ventilasi yang bersih.

Sepanjang pengalaman saya,ramai yang berminat untuk menanam cendawan,ramai juga yang gagal dalam penanaman cendawan.Kenapa ye?

✔ Yang pertama sekali,sebelum nak mulakan projek cendawan ni,kena mindset nak menumbuhkan cendawan,bukan mindset nak kaya cepat.Sebabnya bila dah mindset nak kaya cepat,percayalah.....mesti cendawan tu tak nak tumbuh.😱Macam tau-tau je cendawan ni kan??😂

✔ Yang kedua,cari mentor yang betul.Ikut lah apa yang mentor tu cakap,kalau tak dengar nasihat memang ke laut jawabnya.Ringan kan mulut untuk bertanya jika berlaku masalah.Timbalah ilmu secukupnya,selain itu,pengalaman pun sangat penting.Jatuh bangun perkara biasa dalam industri cendawan ni.

✔ Yang ketiga,kena amalkan kebersihan semasa proses pengeraman.Barulah peratus infection rendah.👍

Saya dah menceburi bidang tanaman ni selama 6 tahun.Jatuh bangun perkara biasa,yang penting kena kuat semangat.

Sarawak Mushroom Grower
Cendawan Tiram Kelabu Sarawak
017-8592702/011-14047699

Tiada ulasan: