Selasa, 20 Disember 2016

Belajar buat benih cendawan sendiri




Berita baik buat pengusaha cendawan tiram di Sarawak, Sabah dan Brunei.Bagi yang nak buat benih cendawan sendiri boleh belajar dari kami.

Hubungi +6012 8727969 untuk pendaftaran dan tarikh kursus.Setiap sesi seorang ke 2 orang.Secara berkumpulan pun boleh.

Sesi workshop buat benih cendawan ni setiap peserta akan wajib buat praktikal.Pastikan pakai pakaian bersih masa datang workshop ye😊

Setiap pengusaha perlu belajar buat benih cendawan sendiri,untuk dapatkan benih yang gagah jika tak nak membeli dari pengusaha benih cendawan tiram.Jimat kos.

Buat benih ni banyak langkah dan melibatkan kos tinggi juga.Jika tak dapat komitmen dalam membuat benih,lebih baik membeli benih dari pengusaha terdekat dengan anda.

Kami menghasilkan benih Cendawan Tiram Kelabu,Cendawan Tiram Putih,Cendawan Kerang yang berkualiti.Boleh hubungi 0128727969 untuk sebarang pembelian.


Pengangkutan dan Penyimpanan Beg Cendawan





Customer ni datang ke Mushroom Villa,tempat memproses media untuk collect beg cendawan.Mereka ni orang jauh.Sebab dah biasa mengangkut buah sawit,senang je mereka nak angkut beg cendawan ni.

Ha..orang Miri memang kuat dan lasak.Semangat mereka pun tinggi,tak takut bertani.

Kalau kereta single cabin buat macam ni,boleh masuk muatan 2000beg cendawan.Bawak slow lah..supaya beg cendawan tak rosak.

Ahad, 18 Disember 2016

Gambar ni adalah contoh penyimpanan skala besar.Selalu orang awam disajikan dengan kisah kejayaan tanaman cendawan dalam siaran TV 1.Tapi jangan terpedaya,sebab media sememangnya suka menceritakan kisah manis dan pendapatan angka besar sahaja.

Sebenarnya kejayaan tak semudah yang dihebah.Pertanian/penternakan adalah bidang yang mencabar kesabaran,fizikal dan mental.💪

So kesimpulan nya kena bersedia dengan ilmu dan pengalaman akan mengajar kita.Dan yang penting jua adalah modal.Namun tidak digalakkan untuk membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.

Mulakan apa yang ada di tangan👏

Penjagaan Cendawan





Hi semua...catatan hari ini nak cerita tentang penjagaan cendawan.

Ok...cendawan ni memang perlu monitor suhu dan kelembapan.Masa sesuai petik seawal pagi,masih fresh dan perlu terus dijual.

Kalau belum dapat jual terus boleh disimpan dalam chiller,suhu 6°-8°c.
Jangan ditambah air,jika tidak nanti cendawan layu dan jadi bubur.

Boleh jua disimpan dalam plastik tranparent,buat gelembung dan simpan dalam chiller.Boleh tahan seminggu.

Semoga bermanfaat😊🍄






Khamis, 15 Disember 2016

Penyimpanan Beg Cendawan






Ni saya nak kongsi sedikit tempat penyimpanan dan tempat penghasilan cendawan.Tengok tu..lantai dan persekitaran bersih kan?

Kelembapan hendaklah 80-90%,suhu 28-32°c,di Sarawak cuaca tak menentu.So,kena maintain kelembapan rumah cendawan.Kalau kelembapan ok,suhu automatik akan turun.

Tips PenjaGaaN Beg Cendawan

Apa khabar cendawan-ians semua??Hihi
Semoga cendawan-cendawan semua tumbuh segar,mekar dan subur.

Kali ini nak cerita tentang progress sepanjang penanaman cendawan ni.Cendawan memang perlukan penjagaan khusus,terutama bab humidity iaitu kelembapan dan suhu selain memerlukan ventilasi yang bersih.

Sepanjang pengalaman saya,ramai yang berminat untuk menanam cendawan,ramai juga yang gagal dalam penanaman cendawan.Kenapa ye?

✔ Yang pertama sekali,sebelum nak mulakan projek cendawan ni,kena mindset nak menumbuhkan cendawan,bukan mindset nak kaya cepat.Sebabnya bila dah mindset nak kaya cepat,percayalah.....mesti cendawan tu tak nak tumbuh.😱Macam tau-tau je cendawan ni kan??😂

✔ Yang kedua,cari mentor yang betul.Ikut lah apa yang mentor tu cakap,kalau tak dengar nasihat memang ke laut jawabnya.Ringan kan mulut untuk bertanya jika berlaku masalah.Timbalah ilmu secukupnya,selain itu,pengalaman pun sangat penting.Jatuh bangun perkara biasa dalam industri cendawan ni.

✔ Yang ketiga,kena amalkan kebersihan semasa proses pengeraman.Barulah peratus infection rendah.👍

Saya dah menceburi bidang tanaman ni selama 6 tahun.Jatuh bangun perkara biasa,yang penting kena kuat semangat.

Sarawak Mushroom Grower
Cendawan Tiram Kelabu Sarawak
017-8592702/011-14047699

Selasa, 13 Disember 2016

Cendawan Kukur Sarawak/Kulat Kerang/Kulat Sebet sangat digemari🍄

Cendawan Kukur Sarawak ada banyak nama.Antara nya ialah Kulat Kodop,Kulat Kerang,Kojep Siyai,Kulat Sebet,Kukat Kayu Mati.Macam- macam nama diberi.

Tetapi,tahukah anda,Cendawan Kukur @ Kulat Kerang ni sangat berkhasiat,berupaya melawan sel kanser,melancar perjalanan darah dan jantung.

Rasanya seperti isi daging...digoreng bersama tepung goreng krep-krep memang sedap.Apatah lagi dibuat masak lemak cili api,campur dengan ikan salai....fuhhh😍

😰Meleleh dah air liur...Sesiapa yang nak Cendawan Kukur ni boleh whatsapp/call je kami boleh hantar seluruh Sarawak/Sabah/Brunei.

Harga adalah seperti berikut:
1kg     - Rm80
500g.  -Rm45
250g.  -Rm25

Untuk penggemar dan pengamal vegetarian amat digalakkan makan Cendawan Kukur Sarawak ni,lebih berkhasiat dan pengganti daging.Segar,berkhasiat,bersih dan organik.👍




Isnin, 12 Disember 2016

Kursus Tanaman Cendawan Sawit Volvariella volvaceae





Kursus Tanaman Cendawan Sawit Volvariella Volvaceae🍄

✔ ditanam di atas tandan sawit
✔ mudah dijaga
✔ menambah pendapatan sampingan
✔ praktikal dan boleh di bawa balik selepas taman kursus

Tarikh   : 28.01.2016
Hari      :  Sabtu
Tempat : Mushroom Villa,Kuching
Yuran   : Rm250/seorang

🍄Jangan guna baju cantik,praktikal agak kotor.
🍄Bahan disediakan dan boleh dibawa balik.
☎Hubungi +6017-8592702/+6011-14047699 untuk pendaftaran.
✔Sahkan kehadiran dengan pembayaran yuran.

Kursus & Praktikal Cendawan Tiram Kelabu 2016 di Kuching



This is our Mushroom Farming Workshop activity last Saturday,10.12.2016.🍄

Was held in Mushroom Villa,Kuching.We provide training and certificate for all participants.Those who wants to plant your own mushrooms at home should attend this training & courses.

I will share all tips & marketing in mushroom industries.😊

Next year,we will conduct another courses;
😱

1) How to make your own mushroom spawn

2) Volvariella Volvacea Hands-on Workshop

3) Cendawan kukur Hands-on Workshop

4) Cendawan Melati Hands-on Workshop

5) Cendawan Tiram Kelabu Workshop-same as this year

6) Mushrooms Products & Marketing Strategies.


✔If any inquiries please dont hesitate to sms/whatsapp 012 8727969.

✔Make fast action to register your interested courses🍄

Kami ada membekalkan bahan dan keperluan tanaman cendawan


Antara peralatan menanam cendawan yang diperlukan ialah set cap neck ni.Di Sarawak,cukup ada leher dan cap jenis ni je.Tak perlu pakai banyak jenis cap.Kalau nak bagi beg bernafas pun tutup guna tisu/kertas a4.
Set cap neck ni kami ada supply.

Yang ni kapur pertanian,Calcium Carbonate.Kalau susah nak dapat di kedai baja beli dari kami,memang kami ada supply sebab kilang memang hantar stok kepada kami.Murah je ni..80sen/kg.


Beg cendawan /bongkah cendawan matang memanh ada..kami supply seluruh Sabah/Sarawak/Brunei.Jika nak buat bisnes digalakkan membeli 3000-5000beg,lebih murah dan hasil banyak.


Apa-apa pun whatsapp/sms/call +60178592702 atau +601114047699 untuk tempahan dan sebarang pembelian.

Ahad, 11 Disember 2016

Kursus,Seminar dan Workshop Cendawan Tiram Kelabu

Ramai juga yang pm,whatsapp,inbox bagaimana cara nak jemput saya untuk mengendalikan kursus Mushroom Farming Workshop ni.

Boleh je nak jemput,ada quotation dan boleh dibincang.Bahan mengajar dan praktikal semua pihak kami sediakan.Bahan praktikal para peserta boleh dibawa balik.Lepas habis kursus kita ada bagi whatsapp group support.

Peserta yang positif memang sangat dialukan...saya memang suka sangat jika ada pelatih yang serius hendak menanam cendawan. Boleh jadi pelapis saya.Penyambung ilmu..bagus kan.

Memberi ilmu tanpa syarat...tetapi,nama dah pertanian,kena hardcore,hati-kental,jiwa lasak.💪

Masa kursus saya brain-wash sekali tau...ada yang sentap minta maaf tapi misi saya adalah memberi ilmu perniagaan.Ilmu perniagaan ni kalau jiwa koyak susah,dalam masa yang sama mengubah mentaliti orang kita yang nak 💰💰💰 aje,nak kaya cepat tak nak usaha.

Jadi nya emelkan cadangan atau jemputan anda ke alamat emel pembantu saya dayangku1984@gmail.com dan whatsapp/call 017-8592702/011-14047699.Jika jadual kena tarikh insyaAllah boleh bekerjasama.

Kursus Cendawan/Mushroom Farming Workshop & Hands-on Training




Banyak siri kursus penanaman cendawan tiram kelabu telah kami dianjurkan di Kuching,Sri Aman,Sibu,Bintulu,Miri.

Yang terbaru kami telah anjurkan Road Tour Mushroom Farming Workshop & Hands-on Training di seluruh Sarawak untuk Disember 2016,sebagai penutup tahun ini.

Orang Sarawak masih perlukan pendedahan tentang tanaman cendawan dan nasihat saya carilah mentor yang betul untuk bimbing anda dalam penanaman cendawan.

Pengusaha Cendawan Sarawak

Saya adalah pengusaha Cendawan Tiram Kelabu di Sarawak.Mula beroperasi sejak tahun 2010.Masih beroperasi sehingga sekarang.Saya merupakan pembekal bahan mentah untuk menanam cendawan seperti habuk kayu,dedak padi,kapur,set cap neck,plastik cendawan dan benih cendawan berkualiti.Boleh hubungi saya di talian +6011-14047699/ +6017-8592702.

Antara perkhidmatan pakar cendawan ialah:

✔ Membekal peralatan menanam cendawan
✔ Membekalkan beg cendawan matang
✔ Membekalkan beg cendawan sedia steaming
✔ Mengendali Mushroom Farming Workshop & Hands-on Training.
✔ Memberi ceramah tentang penanaman cendawan
✔ Konsultasi dan khidmat nasihat