Rabu, 8 Februari 2017

Bongkah Cendawan untuk dijual



Kami juga menerima tempahan beg cendawan.Jika nak berbisnes cendawan atau nak menjadi pengedar beg cendawan kami,hubungi 0128727969.

Harga beg cendawan :

1beg - Rm5
500beg dan ke atas - Rm3.50/beg
1000beg dan ke atas - Rm2.00/beg
5000beg dan ke atas - Rm1.80/beg

Dan yang paling best,setiap beg ni ada warranti.Jika rosak sebelum keluar hasil kami ganti.

We are trusted seller with free consultation🍄

Peserta Kursus Cendawan bersama Krep Krep Farm

Gambar Kiriman Peserta Kursus Cendawan bersama Krep Krep Agrofarm



Seronok melihat hasil harvest cendawan mereka.Ini baru sebahagian sahaja yang ditunjuk.Haha...boleh makan cendawan fresh sendiri kan??

Anda pun boleh juga.Hubungi 0128727969 untuk pendaftaran kursus tanaman cendawan di tempat terdekat anda.

Lawatan Dari Institut Pertanian Sarawak


Beberapa hari yang lepas,saya telah menerima kunjungan dari pihak Institut Pertanian Sarawak,Semenggok.

Penolong Pengetua bersama dua orang pengajar datang mengejut pagi tersebut namun saya bersedia menerima kunjungan dari sesiapa sahaja berkenaan cendawan.

Perbincangan sekitar pengambilan pelatih untuk penempatan Latihan Industri.Rata-rata pelajar dari institut pertanian ni datang dari serata Sarawak.Terutama Bintulu,Baram,Miri,Limbang etc.Pelajar dari Kuching mungkin agak kurang atau tiada.

Mungkin kurang minat dan galakan ibubapa terhadap bidang pertanian.

Sebenarnya,pertanian adalah masa depan sesebuah negara.Selain menjana ekonomi,pertanian memain peranan penting dalam ekosistem rantaian makanan.

Pertanian moden patut dipraktikan seperti fertigasi,hydroponik dan tanaman dalam rumah seperti cendawan,sayuran dalam paip etc,seimbang dengan cuaca yang kadang kala hujan lebat dan kemarau silih berganti.

Kesimpulan catatan saya kali ini, galakan ibu bapa terhadap anak-anak tentang pertanian moden amat penting.Selain itu,pihak kerajaan patut memberi tumpuan kepada sektor pertanian di negeri ini selain dari tanaman sawit.